Pengurusan Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikendalikan oleh Bahagian Kewangan. Fungsi Bahagian ini ialah menguruskan belanjawan dan hasil KKM serta penetapan dasar dan pematuhan peraturan-peraturan kewangan. Bahagian ini ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Aktiviti Kewangan

 

Visi Bahagian ini adalah menjadi organisasi pengurusan kewangan terbaik dalam jentera kerajaan. Misi Bahagian Kewangan adalah mencapai status pengurusan kewangan yang terbaik dengan cara merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dengan teratur dan cekap, menggunakan sumber kewangan dengan optimum, mengawal pengurusan belanjawan dan kutipan hasil.

 

Bahagian Kewangan mempunyai tiga Cawangan iaitu Cawangan Dasar Kewangan & Pentadbiran, Cawangan Pengurusan Hasil dan Cawangan Pengurusan Belanjawan. Cawangan Dasar Kewangan bertanggungjawab terhadap dasar-dasar kewangan Kementerian berkaitan dengan peraturan-peraturan kewangan, kemudahan-kemudahan kewangan kepada kakitangan Kementerian, dan bantuan-bantuan kewangan. Manakala cawangan Pengurusan Hasil bertanggungjawab terhadap pengurusan dan kutipan hasil serta sistem pengurusan hasil KKM. Cawangan Belanjawan pula bertanggungjawab terhadap sistem belanjawan dan pengurusan belanjawan program-program KKM.

Perkhidmatan Utama

  • mof
  • e-perolehan
  • live2015
  • jpa
  • hrmis
  • KSN
  • 1govuc
  •  1Mocc

  • bph
  • epsa
  • Mygov
  • pemudah
  • msc
  • ijn
  • mma
  • mtch
  • myhealth
  • medicine
  • sihat
  • bless
  •  Academy

  • dvs
  • guideline
  • life
  • who-n
  • Quality
Download Free Designs http://bigtheme.net/ Free Websites Templates